Tadi punya excited dgr Masjid area opis aku dah bole mohon online maklumla 500 kariah.. mesti la bole masuk.. tapi… xdpt pun panggilan… bila tanya AJK katanya “ada dpt invitation group wasap??”.. kalo xde ,maaflah katanya..

Yg aku x gemar tu.. kalo dier filter org yg nk solat ni secara adil melalui permohonan online “1st come 1st serve” xpe gak.. ni yg mentang² kenal AJK bole je dtg xyah register..

Ok xpe next week aku cuba lagi… kalo xdpt gak.. mmg masjid pun kuat kroni…

  • Posted on 3. July 2020
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: akulahbudakitu
Leave a comment

Mindset typical Malaysian. Asal ada Gomen bagi excuse utk keje dari rumah.. korg beduyun nak balik kampung bagai. Korg igt ni bercuti. Duduk umah senyap² xboleh ker. Kalo macam ni la masih berlarutan senang lagi la virus ni nak merebak ke kawasan lain. Ni KPN bg arahan mesti ada dokumen sokongan kalo nk keluar negeri. Aku disebabkan ada Maintenance Visit kat Perak terpaksa g balai mohon surat Kebenaran Merentas Negeri.. punyalah ramai mcm beriya nak kluar tp bile tgk tujuan jumpa ibu bapa.. kalo student xpe.. ni yg dah beranak pinak.. korg nk balik kompem nak suruh atuk nenek jaga cucu punya .. mak korg pun lagi selesa kalo korg xbalik rasanya *update dari KPN xyah mohon bole bergerak seperti biasa.

Lagi satu mindset, “kalo nak mati tu dah ketentuan”.. apsal la korg ada perasaan macam putus harapan tambah plak sikap pentingkan diri. Ya, ajal tu keje tuhan. Apa salahnya korg ada sikap ambil peduli org lain sikit. Kalo korg nk redha duk sorg² kuarantin kan diri tu. Xyah susahkan org lain.

Satu lagi Mindset nak viral je kejenya, asal bole jadi tontonan sume nak di live kan dlm FB , dlm insta bagai.. xpuas dgn tu karang ayat pastu gi post kat wasap. Aduish korg igt korg live sana sini tu bagi info kat wasap sahih ker, lastu ada plak ahli or follower gi share.. igt korģ paling first yg ada kat tempat kejadian la???. Sian penguatkuasa wei.. nak kene tolong jawab plak kat org yg tanya dorg dari berita dorg sendiri pun xtau.

Pastu jenis Mindset amik kesempatan… tgh duk kalut isu Covid ni. Gomen bagi perintah berkurung dan had pergerakan. ada plak yg g beli barang bagai nk rak..dgn harapan bile sume out of stok.. dorg bole jual harga 2 3 kali ganda.

Tolong la kalo nak hentikan penularan covid. Kurangkan la penularan berita x sahih. Kurangkan pergerakan. Kurangkan pembelian panic. Kurangkan pemikiran yg pentingkan diri. Cubalah bersatu xkira bangsa agama atau politik utk kurangkan penyebaran covid19.

#akulahbudakitu

Leave a comment

29 May 2019 tukar kompresor

6 Jun 2019 tukar bateri

10 November 2019 bearing kompressor problem, sebelum bearing problem ada isu aircond x sejuk. Ni tukar brakepad skali sebab ada bunyi dah. Sebelum ada isu ni anta servis and tgk gearbox. Sebab ada bunyi pelik

3 December2019 magnetic clutch problem nasib ada warranti,tukar seketul terus.

15 March 2020 lampu headlamp tetiba padam tgh start engine. Double signal la aku dari umah mak aku ke kedai di MK sg buloh masa tu dlm kol 9 mlm. Bayangkan la jalan kampung ngan xde lampu sngat. Cari punya cari jumpa la satu kedai ni , bile tauke kedai check dier kata fius terbakar. Lampu kiri kanan shotage trus cair beb plastic headlamp tu. Dier kata jarang ada isu mcm ni,slalu lampu bawah jer terbakar. Ni lampu tinggi skali fius out. Trus uncle bengkel bagi story kenapa jd macam ni. Semua salah penggunaan bateri kereta yg x betul. Dalam erti kata lain bateri Cap Ayam. Tp aku gtau dier ni bateri Axxxxxn. Ada apps lagi. Dier kata aku kene tipu . Nnt aku story lagi cmne nak tau bateri tu ori ke ape ker.

Moral of the story berjaga-jaga. Servis bagus dan murah x menjamin keselamatan.

Leave a comment

Just realise im nothing…

  • Posted on 4. March 2020
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: akulahbudakitu
Leave a comment

Semua yg indah di Feb

My anniversary

My daughter birthday

My cat Si Mok ada anak dah

  • Posted on 25. February 2020
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: akulahbudakitu
Leave a comment

Sempat lagi nak mengucapkan Selamat Tahun baru pada sume warganet.

Disini bermula la aku dgn new career dengan semangat dan target yang baru .

#alliswell

Leave a comment

GAJI SENIOR VS PANGKAT SENIOR

Al-kisah post ku di LinkedIn menjadi bualan.Tak disangka,kawan lama ku yang dah 20 tahun tak dengar khabar berita, DM aku di LinkedIn. Aku namakan sahabat aku ni “M”.
.
M: Salam tuan Ir.
Aku: Waalaikumsalam.Tak yah nak Ir sangat lah.. Kita kn classmate dulu. Hahha. Tak sangka ko DM aku. Mana ko jumpa aku kt LinkedIn ni?
M:Connection aku share post ko, tup2 aku nampak nama yg sgt familiar kat news feed aku. Then aku tgk profile picture ko.Xsyak lagi,mmg ko. Sebab nama ayah ko rare.

(Memang perkara biasa, orang nak cam aku dengan tengok nama ayah ku)
.
Sambung M lg…

M: Wow.. Dah jadi CEO sekarang!
Aku: Eh2, kau apa kurangnya!? Senior Engineer tu..
M:Alah man..itu sekadar title je. Dah lama kerja.. Dapatlah title tu. Dah senior level pn susah nak cari kerja lain sekarang
.
Aku: Eh, Kenapa? ko nak cari kerja lain ke bro? Title dah ada, company pun besar..ok lah tu..
M: Itu semua luaran je bro.. Hakikatnya, jawatan SENIOR. Tapi gaji still JUNIOR. Increment kadang2 tak ada pun setahun tu.. Kalau ada pun 1-2%.
.
Aku cuba menduga untuk tahu hal sebenar dengan memberi kenyataan:Gaji ko dah besar kot. Tu pasal % increment single digit je.
.
M menyambung luahan nya

M: Xda lah bro.. Aku sgt heran. Aku dah berbakti kepada company sekian lama. Tp increment 1-2% je setahun.Rasa macam tak dihargai pulak.
Aku: Laa. Ye ke!? M, untuk pengetahuan ko. Aku dah lompat 5 company sepanjang career aku. Pada aku, biar GAJI SENIOR dari PANGKAT SENIOR. Sebab by the end of the day, we are talking about survival. And last2 aku buka company sendiri.Let my effort reward myself.Apa2 jadi pun puas hati. Sebab semua nye bergantung kepada usaha aku sendiri.
.
Sambung ku lagi.

Aku: Dan aku nekad, aku akan cuba sedaya upaya hargai pekerja aku. Sebab pada aku, employee is the GREATEST ASSET for the company. Tiada pekerja, company aku is nothing!

So, ini nasihat aku kat ko. Actually ko deserve untuk terima offer yang lebih baik dalam market. For your own benefit, cari lah company lain.
.
Jawab M: Tu lah bro.. Aku tengah mencari2 lah ni. Kos hidup makin tinggi sekarang ni. Tapi gaji macam tu je. Ada pangkat tinggi pun tak guna.
.
Luahan M membuatkan aku tertanya2. Kenapa ada company yg sanggup bagi increment 20%,40% hatta ada yang bg increment sampai 70% kepada NEW HIRED! Tapi kenapa nak bg increment 10% ke pekerja yang dah berbakti sekian lama kemain lagi payah!?
.
Adakah korang setuju jika aku katakan kita sudah hilang nilai murni yang paling penting iaitu PENGHARGAAN?

Fikir2kan lah..

#penghargaan #nilai #appreciate #value #isugajisenior #koshiduptinggi

Credit to FB ir Abdul Rahman

Leave a comment

Today read some article about the person at top level just quit when he had everything in that company.

Why??

He said “Quit when u at the top due and everyone adore u but when you are not important anymore and your said want to quit ur just give big benefit to company”

Leave a comment

Seekor KERBAU YANG BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata…

FITNAH

1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: “kawan, saya sangat penat…. besok nak rehat sehari…”

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: “Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau”

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: “Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!”

4. Kambing berjumpa Ayam: “Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos… mungkin ada bos lain yang lebih baik…”

5. Ayam bercerita kepada Monyet: “Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!”

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: “Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!”

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Untuk renungan SAHABAT bersama.

Kredit: Fb @Suhaimi Nawawi

Leave a comment

Kadang mata nak beli itu ini.. tp bile tgk yg ada skrg masih elok.. trus mood xde nak beli.. hahahah.. mungkin faktor dah berumur…

Rasa macam nk duk kat tepi laut jer dgr ombak…

  • Posted on 1. October 2019
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Aku, Episode, Gajet
Leave a comment