Mungkin ibu bapa sudah boleh biasakan diri untuk minggu kedua persekolahan anak-anak . Macam biasalah anak yang masuk darjah satu mesti ada sahaja gelagat atau pe’el yang dibawa.Tu adalah salah satu senario yang stereotaip kita dengar cuma aku nak bicarakan gelagat ibu bapa pula. Ini dari pengalaman aku ketika mengambil pulang anak saudara dari sekolah.Semua ibu bapa dilihat menunggu seawal mungkin di hadapan pagar utama , cuma yang amat menyakitkan hati adalah sikap pentingkan diri , ini kerana ibu bapa yang menaiki kenderaan yang beroda empat dengan sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di kawasan kuning (kawasan yang perlu dikosongkan) ini amat menyukarkan para pelajar untuk keluar dengan lancar kerana terpaksa menyelit di celah-celah kenderaan tersebut.

Bukan itu sahaja , ada juga tabiat ibu bapa yang jenis acuh tak acuh kerana setelah anak mereka menaiki kenderaan , ibu bapa tersebut terus membunyikan hon tanda beri laluan tapi PERLUKAH???? ini kerana pelajar mungkin akan terkejut dan berlari sekaligus akan mendatangkan kecelakaan yang tidak diingini . Diharap perkara ini perlu dititik beratkan , kerana sikap ingin cepat itulah yang akan membawa kepada perkara yang paling lambat untuk dilupakan..
  • Posted on 11. January 2010
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Isu Semasa
Leave a comment

Sejak akhir-akhir ni isu gula la jadi subjek perbualan bg semua rakyat Malaysia… Tapi bukan tu aku nak cerita.. aku rasa terkilan satu wawancara (BULETIN UTAMA , Khamis , 8.00 PM) seorang wartawan menyoal pelanggan yg sedang minum rata-rata semua terasa dari segi kenaikan harga keperluan tersebut cuma ada seorang yang tidak terasa (nama xde kalo ade mmg aku kasi tau) ayat dia memang menunjukkan golong yang berada :-

wartawan : Encik terasa dengan kenaikan harga gula???
belagak : setakat ni xde sebab mungkin saya ni orang yang berkemampuan , lainlah kalo org yang gaji RM 1000 kebawah mungkin terasa tp saya tak terasa pun , ok lah…….
cuma aku nak cakap kat sini , ingatlah jangan sombong atau riak…. sentiasa beringat… jangan nanti dah terkene baru la nak beringat …
ingat-ingat la beb…………
  • Posted on
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Isu Semasa
Leave a comment

Lokasi dan situasi di One Utama , masa ni tgh nak bayar kat kaunter (penat wooo shopping)….

jadi mmg kaunter penuh sume , jadi aku dan kawan aku pun beratur (insan yg berdisiplin) nak dijadikan cerita pasangan kekasih depan aku ni mmg cinta dunia akhirat aku rasa , aku terdengr kata BALAK KAYA tu dier nak belikan tuk mak awek dier rumah or apartment (dlm hati gua mmg kaya balak dier ni)… so sampai turn BALAK KAYA ni nak bayar , pergh wallet penuh kad kredit… kad pertama aku nampak C……K , tp kad tu error beb…. so dier keluarkan kad seterusnyer dan seterusnyer tp sume error… last awek dan BALAK KAYA tu bla jer tak beli ape-ape dgn mulut cakap macam-macam alasan (ni yg aku dgr):-
BALAK KAYA : sya nak saman la kad kredit I ni…. sya dah bayar u tau…
AWEK : (diam , muke memang merah padam xtau la marah or malu)
jadi berbelanja la dgn bijak… cerita ni jadikan pedoman ….
Layankan Ajer….
  • Posted on 7. January 2010
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Peristiwa
Leave a comment

Ni bru td aku kene , so macam biasa la rutin aku kalo ade org nak wat maitenance building or anything in building site aku kene jumpe org yg tertentu lah…

nak dijadikan cerita,tgh aku keluar lif aku pun tanya Mak Guard (kalo lelaki Pak Guard) yg ade di sekitar situ :-
aku : “saya nak jumpe En. _ _ _ _ _”
MG : “saya bukan En. _ _ _ _ _”
aku : (sambil tahan marah) “Ye saya tahu ,tp saya nak jumpa dier ,urgent ni”
(masa nilah MG buat lawak plak ngan aku korg layan jer….)
MG : “Owh,tu la td sya da cakap saya sebelum ni mmg pernah keje kat HKL,tp kene pindah sini”
(dier punyer scene citer mmg panjang tp aku pendekkan)
aku : “En. _ _ _ _ _ , ade????”
MG : “Awk nak jumpe spe???”
aku : “En. _ _ _ _ _”
MG : “la napa tak cakap dr td penat saya cerita sejarah keje saya , lain kali bagitau nak jumpe sapa jangan la jd bodoh sombong”
(tgk spe yg bodoh sombong ? aku yg kene maki lagi ade lah…)
aku : “maaf yer ,sya tanye lagi skali En. _ _ _ _ _ ada????”
MG : “Ada”
mase tu mmg aku bengang pasni tak nak aku tanye mak cik tu lagi…. mengarut + merapu + meraban… tapi nak wat camne ….
Layankan Ajer….
  • Posted on
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Peristiwa
Leave a comment

Ni pun kejadian pagi semalam , tgh aku sedap duk dpn PC ade mak cik pencuci datang nak membersihkan meja n bilik aku , lalu bertanya :-

mak cik : “sorang jer”
aku : “sorg”
mak cik : “duk mana”
aku : “sg buloh”
mak cik : “la ko kan tgh duduk atas kerusi…”
aku : dgn muka blur sambil pikir (dier ni wat lawak ker????)….
disebabkan muka dier serius aku pun tersengeh ala kerang busuk ,sebelum ni mak cik ni ske tanye dah makan ker??? ni tah kenape ntah……
Layankan Ajer….
  • Posted on
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Peristiwa
Leave a comment

Pada tgh hari Selasa minggu ni jugak, lokasi di depan Maybank Sg Buloh ,ade seorang mamat ni soal berbagai soalan tentang TANAH MELAYU , MERDEKA DLL (bak kata org beraneka jenis subjektif , objektif nasib belum lagi esei) macam aku ni baru duk MALAYSIA , dlm erti kata lain memang patriotik abis … tp aku cuma ajukan satu soalan jer “spe pejuang kemerdekaan TANAH MELAYU saudara paling igt”?… jawab mamat tu dgn selamba dan muka yg yakin “Suhaimi Baba”… nasib baik aku tgh mood gembira jadi… Layankan Ajer……

  • Posted on
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Peristiwa
Leave a comment

ade seorang Mat Bangla ni ,muka resah di KTM Kuala Lumpur semalam jadi aku pun menyapa la :-

aku : “lu apsal”
MB : “saya belum makan lagi”
aku : “xde duit”
MB : “tada”
aku bagi la RM 5… MB tu pun bla (komuter ni dah la lambat) nak dijadikan cerita MB ni dtg balik (xcukup ke aku kasi td) rupe nyer MB ni jenis pandai membalas budi , nak tau ape ?
jeng…jeng…jeng….
alamat rumah dier kat Bangladesh siap kata aku ni macam adik dan nak kenalkan aku dgn adik dier kat sana (Bangladesh).Erk… Ape-apelah mana tau macam Kajol… hahhahahahhaah
Layankan ajer….
  • Posted on
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Peristiwa
Leave a comment

Selang beberapa hari je lagi , kakak aku akan melangsungkan majlis pernikahan . Walaupun dah lama keluarga aku tak buat kenduri besar (kenduri kahwin) tapi aku rasa semua ahli keluarga aku tak kekok langsung sebab dah biasa buat event tuk kenduri orang lain.

Kiranya setiap hari memang tak boleh leka (yelah minggu akhir persiapan) ada saje kerja perlu dibuat tak kira kecik atau besar .

Diarap Majlis Persandingan ini akan berjalan dengan lancar.

Amin.

  • Posted on 1. December 2009
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Perkahwinan
3 Comments

orang kata kalo bukan diri sendiri yang nak berubah jangan harap orang boleh tolong ubahkan , entah lah tapi tu yang selalu aku dengar .

aku tak tau la camne nak buat hidup aku best dan ceria selalu . kekadang aku rase hidup aku macam dah ade jadual waktu plak (masa zaman2 sekolah dulu slalu lupe bwk buku BM)…. tapi kekadang macam takde tujuan hidup la plak (terlupa tgk papan tanda)….

tapi entahla janji aku rasa macam senang je dengan gaya hidup aku yang sekarang ni (ada keluarga yang slalu berjenaka dan paling best la aku rse)….

sekian

Leave a comment

Salam ,
Hari ni memang memenatkan sebab banyak keje . Dari pagi sampai ke petang memang tak senang duduk , tapi nak buat camne dah keje betul tak ?

Dalam penat seharian tetiba ade keseronokan “oooiiiiii” , hahahahha hanya aku , alip dan nuar je tau pasal ni (gara2 buku berwarna biru). Aku nak berterima kasih ngan nuar sebab sanggup tolong aku dan alip hari ni “TERIMA KASIH KHAIRUL ANUAR” . Susah gak kalo dier tak datang tadi mau aku dan alip jadi buntu (sejak pakai UBuntu).

Tahniah kepada Penghulu Dept NOC , walaupun belum secara sah kami memang menyokong anda . Kerana kewibawaan anda dalam menjalankan tugas , sering mengambil berat pasal keadaan kerja semua tip-top la (aku puji lebih ni….)… tahniah sekali lagi…..

Tu ajelah setakat hari ini , ape-ape hal lagi aku update kan ….

6 Comments