Tapi cabaran itu tidak bertahan lama apabila aku memcahkan rekod tu sekali lagi…. memang rekod ini menyebabkan jari aku hampir patah… hahahah…
Memang seronok , tak sangka Dak Ayu member aku tu memberi saingan yang sengit …..
layankan ajer …. terima kasih Dak Ayu dan sepupu aku Najib Milo…. sila la cuba lagi kalo boleh beat la sekali masa terakhir aku tu 6.4 s ……
Harini aku dikejutkan dengan berita kakak aku (atas aku dua tahun) terlibat dalam kemalangan di selekoh yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mak aku . Kejadian yang berlaku sekitar 2.30 pagi itu disampaikan oleh adik ipar kak ngah aku yang kebetulan berada di Hospital Sungai Buloh , walaupun tiada kecederaan parah tapi dilaporkan kereta yang dinaiki kakak aku berpusing (ade yang bagi tahu terbalik) sebanyak 3 kali . Bayangkan kakak aku yang sarat mengandung dalam situasi tersebut . Sekarang masih di unit rawatan sebagai pesakit luar … Doakan yang terbaik untuk kakak aku….
Dalam erti kata lain dalam Bahasa Inggeris (Play Safe)….. hhahahahahahha… tak yah pikir kuning sangat … sekarang ramai yang kerja hanya untuk kepentingan diri sendiri , sudah tak ramai yang kerja dalam berkumpulan (susah senang bersama) , masalah akan lebih mudah kalau ramai yang beri pandangan dan bukan terhad sorang jer yang terhegeh-hegeh mencari penyelesaian dan menghadap masalah tu seperti mimpi ngeri hidupnya….
sometime we perfect but nobody is perfect rite even sometime………
Layankan ajer…..
Disini “Nur” tu bukan nama perempuan tetapi cahaya (kasi lagi terang sikit dunia aku)…. Alim sikit aku kali ini , sudah tiba rasanya nak mencari satu laluan yang baru dalam hidup ….. walaupun keje dah lama tapi tapi aku rasa macam ada yang masih tak mencukupi , walaupun kita kerja dengan ikhlas tapi orang lain pandang serong rasa macam kerja kita buat tu sia-sia……
nak buat camne , layankan ajer….
Semoga bulan Ramadhan kali ini dipenuhi dengan rahmat dan dimurahi rezeki…… Amin..
# puasa harus penuh
Baru-baru heboh ade seorang blogger mengamuk kerana ada sikap tidak puas hati dengan cara pemerintahan kerajaan (ape yang aku baca dari blog-blog lain dan mediamassa juga). Tanya balik dalam diri –
*betul ker ape yang aku buat ni ?
*macam mana perasaan orang yang rapat dengan aku , bila tau aku buat mcm ni?
Renungkan yer……
Negara Malaysia ni aman damai pun aku dah bersyukur , bukan nya kita tak cukup pakai , bukan tak cukup makan … yang penting kita berusaha untuk maju ….
Mungkin matlamat kita sama , tapi kita tak sehaluan …..
Aku suka Malaysia sekarang….
Layankan ajer…….
Kepada kawan-kawan yang sedang bekerja atau sudah bekerja ,
Pastikan jika anda mendapat arahan atau tugasan dari orang atasan atau pengurusan hendaklah ada persetujuan hitam putih , kerana dengan itu tidak akan ade timbul putar belit fakta di akhir cerita . Elakkan dari persetujuan melalui percakapan dari mulut kerana jika janji mulut ni (ala sembang kedai kopi) anda memang mudah diperkotak-katikkan (eden terkono) . Lumrah dunia sekarang ….
Layankan ajer……
Dah berapa bulan ni masih tiada calon-calon yang boleh diuploadkan dalm ruangan ni…. Kita tunggu saja ape yang berlaku selepas ini….
