KUALA LUMPUR – Merbau hari ini dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur di sini.

“Dengan sifatnya yang tahan lasak, saya percaya semua rakyat Malaysia boleh mengambil Merbau sebagai simbol kebanggaan negara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, pokok Merbau dipilih sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia.

“Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada industri dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas perasmian pameran itu.

Pameran ‘Hutan Kita’ berlangsung dari 24 Ogos hingga 22 September, merupakan satu daripada inisiatif di bawah Program Konservasi Hutan Kita 2019-2020 yang mempamerkan kekayaan khazanah hutan negara serta usaha telah dilaksanakan dalam menjaga dan memulihara hutan.

Pameran itu turut mencipta rekod kebangsaan dan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Pameran Spesies Pokok Hutan Hujan Tropika Terbesar yang menyaksikan 850 spesies pokok hutan hujan tropika dipamerkan. – Bernama

Leave a comment

From past to then and now

Masa Masuk zaman U ni . Standart la dapat jer duit pinjaman abis sume student cari phone termasuk la aku.. Masa ni zaman kegemilangan Nokia. So Nokia Ngage QG (Nokia Telur) jadi pilihan hati. Tapi x pakai lama. Rumah sewa kene pecah plak time tu, so ada duit kumpul2 beli la Nokia 6600 (Nokia Telur). Ni pun sama gak.. kene curi.. so pakai la phone Sony Ericsson. Masa ni pakai ape yg ada jer.. lama gak la. Sampai tggu ada keje yg stabil.

Phone Zaman Kolej

Lepas jer dpt keje kat Damansara. Dah bole beli 1st henpon pintar (smartPhone). Tapi beli yg paling bajt la. Samsung Galaxy Y. Ok la masa ni baru nak cuba ANdroid. Masa tu macam2 apps yg top tapi sekarang xtau mana hilang contoh Zello. Masa ni pun Whatapps dah jadi komunikasi penting tapi data plan xde yg murah plak. Kene la beli yg pakai data hari2 (masa ni pakai Maxis). Bile dah kenal sikit specs phone, so nak try skrin besar amik la yg still on bajet. Lenovo S930. Screen mmg gedabak besar masa tu 6 inch dah macam bawak buku nota rasanya bile pegang phone ni. Tapi pakai xlama sebab top plak ada satu jenama ni Xiaomi. So amiklah Redmi Note 4G. Phone ni mmg best . Masa ni aku dah pandai bak flash ROM. Masa beli dapat ROM China. Aku igt kene tipu. RUpanya aku beli AP set . Lepas baca sume blog pasal Xiaomi so aku dah pandai format phone. Then jadilah ROM international. Kalo nak tau phone ni aku dah update jadi Oreo. dan Masih Smooth. Then dekat setahun gak la pakai .

Phone Zaman Baru Nak Keje

Pastu kuar plak Flagship Killer Oneplus One. Phone yg aku rasa masih terbaik sampai sekrang. Masih guna hingga saat ni sebagai main game. Banyak kali dah update ROM yg latest sebab lepas jer Cyanogen Mod OS xde . No more OTA Update. So aku pun blaja update flash pakai TWRP. Nice la . sekrang aku dah update phone Oneplus One ni sampai Pie. Masih Stable and performance quiet good. Salute to developer . Now kita kembali ke Samsung. Kene perli ngan wife phone Nabila Razali. AKu beli phone ni sebab masa tu mmg nak pakai phone sebab Oneplus One jadi Ghost Touch. Sebab aku xde masa nak repair. Trus beli Samsung A30. Phone yg bagus utk buat keje. Sebab bateri tahan. Storage 64Gb and Memory 4GB. So far so good, nais product from Samsung for below 1K. Dulu dgr samsung jer mesti ribu riban. So ini jelah kenangan phone yg pernah aku pakai. Mmg berbaloi. Ikut bajet dan tahan .

Phone Zaman Tua

Leave a comment

Dah 3 bulan ayah pergi dijemput ilahi.. Raya rasa macam lain sebab selalu ayah akan bising arah itu ini.. Ayam dah bel??i.. Ketupat dah masak??.. Rendang dah siap??

Rasa mcm smlm jer borak ngan ayah pasal nk pasang pelita raya..

Selamat Hari Raya semua.. Buat yang masih ada ayah.. Luangkan la masa..

#alfatihah

Leave a comment

Selepas 4 Jam aku di dalam “Gua” dgn harapan new mobo yg aku nk setup utk media centre aku beroperasi..

musnah.. Musnah..

Trus blur.. Sume gpu aku test xleh boot.. Sume slot ram aku test pun sama.. Tukar PSU pun sama..

Tension, frust, blur.. Sume ada ni..

Ni last beli mobo dari group pc kat fb tu..

Lepas ni malas da nk setup pc… Retired officially malam ni..

#akulahbudakitu

Leave a comment

Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.

Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan hon berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.

Yang member saya ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan.

Saya tanya beliau, “ko tak rasa panas ke? Bro tadi tue duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dah balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”.

Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. “Kau pernah dengar tak Law of The Garbage Truck?”

Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni ? Mana ada law of garbage truck saya kata.

Beliau senyum dan teruskan.” Macamni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.

Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.

Dan kadang-kadang, kau akan jadi tempat dia longgok sampah dia.

Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah. Sama macam dia.

Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang. Tak Ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.

Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.

Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.

Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.

Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?

Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah rumahtangga.Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka ? ramai kan ?

Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni ? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.

Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.

Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi Perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.

Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.

Dapat sesuatu ? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan Jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar.

#astaghfirullah #subahanallah #alhamdulillah #lailahaillallah #jomubah #taknakjaditongsampah #taknakjadipengutipsampah #sayapuncopypaste

Credit : Rakis Santa

Leave a comment

Ni bukan nak citer pasal teori bulat atau mendatar….

Matahari dan Bulan.. Satu menerangi siang satu lagi menerangi malam (tu pun kadang2).

Saja nk gtau kat sini org yg hari2 kita jumpa ni.. Mmg kadang2 rasa mcm panas / annoying and rimas jer.. tp tu la yg bnyk menolong.. Kalo yg jumpa sekejap2 ni walaupun nampak mcm selesa , ye la sekali sakala jumpa… tp time kita nak perlukan dier xkunjung tiba…

so hargai ape yg ada.. xyah nk terkejar sngt dengan impian angan mimpi mat jenin tu..

#layankanjer

Leave a comment

Penat sungguh minggu ni.. Sampai kalo tdo trus xsedar ape dah…

#akulahbudakitu

Leave a comment

” Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..”

Inilah maksudnya posting Aminah Teuku Syamaun tempohari

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.

”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”

“Tiada satu pun”

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.”

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.

Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.

Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.”

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.

Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.”

“Tetapi anda batalkan?”

“Benar.”

“Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”

“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.”

“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.

Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas.

“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.

Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil…

Copy paste.

Leave a comment

Dirgahayu buat anakanda ku Cahaya yg telah menjangjkau usia 1 tahun. Semoga menjadi insan yg menyenangkan bila kau membesar kelak.

Leave a comment

“Once upon a time I became yours & you became mine. And we’ll stay together through both the tears & the laughter. Because that’s what they call happily ever after.”

Leave a comment