Pagi tadi tengok dalam Facebook… Banyak orang memuat naik gambar kereta buatan Proton terbaru… Nama diberi Zaara… Mungkin sekadar prototaip… Tapi kalo diberi peluang untuk anak Malaysia buktikan kepakaran dan menjadikannya sebagai realiti apa salahnya… Lepas tu tak kisah la model SE ker,Edisi Terhad ker nak keluar….
Semua gambar ni ihsan dari facebook… Tapi nama pereka Rosdi Osman… Respek la sama awak… Layankan ajer…
#bolemulamenabung saya suka kereta ni…
Dalam banyak-banyak rancangan realiti kat peti televisyen… Rancangan “the kumpulan” paling aku rasa macam langsung tak berbaloi nak di tonton…
Maaf la kalau aku bagitahu… Macam tidak ada aura langsung… Tapi kalau ada yang minat rancangan ni… Aku minta maaf atas penilaian aku ni… Sedih pun ada…. Huhuhuhu
Disebabkan hampir sebulan aku dah tak guna lampu kabus kereta aku (kes kene langgar kat tempat letak kereta oasis… Kalo aku tau sapa langgar memang aku suh dier tukar satu bumper) sebab sebelah tak nak hidup lampu kabus aku ni…. Jadi nak dijadikan cerita… Arini aku gaji dan inilah masa yang sesuai nk ganti… Igt nak tukar putih jer… Tapi mahal plak… So amik la yang asas sahaja… RM 38…
Lagi satu aku tukar antena kereta aku pakai panjang nyer…. Yang lama reput macam kene makan anai-anai…. Harga dalam RM 25…
Ok la… Dah dekat 3 tahun aku pakai si putih ni… Layankan ajer….
Setiap kali bawak kete…. Aku begitu tertekan dengan bunyi yang ada kat kawasan pemuka kereta aku …. Tapi aku dah ada penyelesaian…
Dengan modal RM 1.50… Semua bunyi tu hilang…
Korang boleh agak tempat mana yang selalu bunyi tu… Macam kete aku kat laci pemuka.. Dengan kat papan bonet tu… Gambar nanti aku upload…
Layankan ajer…
Sudah lama pakai Samsung Y… Sekarang dah bertukar pada Lenovo S930… Pada pandangan aku harga yang murah dengan spesifikasi yang boleh dibanggakan… Tak salah kalo aku bercerita… Satu hari nanti Lenovo bakal menguasai pasaran telefon pintar…
Berbaloi la beli… Memang aku tak de bajet nk telefon pintar yang mahal….. Tapi yang ni memang terbayek…
Display – 5 bintang
Storage – 4 bintang
Performance – 5 bintang
Casing – 4.5 bintang (spoil kat kamera sebab terkeluar sikit)
Camera – 5 bintang
Layankan ajer…..
Ada benarnyer pepatah sekarang “baik berundur semasa kau masih disayangi” rasa macam kat aku jer tempias….
Ada yang megah …
Ada yang mengalah…
Takda sapa yang salah… Melainkan ko beralah…
Nak layan lagu jiwang jap la…. Hahaha… Layankan ajer…
Kalo la kete ada powerbank takyah nak minta tolong orang jumper.. Inilah yang berlaku kat aku pagi td,ingat nak gerak awal pegi opis tapi ada kesulitan(Bateri dan Fius) yang terjadi kat Si Putih… Tapi atas nasihat kawan-kawan dari PART aku telah tukar bateri asal kereta aku si Myvi Putih dari NS40L ker NS60L jenama Century (Hybrid)… Harga dalam RM180 (++upah)…

Aku dah survey kedai bateri memang harga sekitar tu jer… Kira ok la jika nak bandingkan kedai bengkel kat kampung aku,mekanik sembang nak gempak suruh tukar bateri besar pun tak tahu nak bagitahu apa pilihan yang ada pastu biler tanya upah dalam RM200++… Sebelum kena tipu baik aku chow….
Layankan ajer…
Ps://aku nyer lampu kabus masih kejap on kejap off…
Speechless…. Balik ingat mahu tenangkan fikiran… Tapi serabut lak lagi…
Kali kedua si putih kene langgar kat bumper spot yang sama… Tapi kali ni malaun mana entah yang langgar kat Oasia Square…
Parking da elok… Orang lain pulak yang perangai macam apa entah ….. Kali ni gua tak layan kalo jumpa mau gua kasi hayun… Baru jer repair raya tahun lepas….












