Berikut adalah Powerbank Xiaomi berkapasiti 10400mAh dari jenama Xiaomi. Jom kita godek-godek sikit apa yang ada dalam powerbank ni. Sekaligus boleh nak tengak ‘ori’ ke ‘fake’
Inilah powerbank yang boleh didapati di pasaran sekarang. Tapi berhati-hati jangan tertipu. Berikut adalah setiap proses bukak pasang power bank tersebut.
Untuk mengetahui powerbank yang dibeli ‘ori’ atau ‘fake’. Bolehlah tengok review ini LINK #layankan ajer
Pada tanggal 27th December 2014… Kebanyakan ahli keluarga aku pergi me Port Dickson utk bercuti sekaligus menyambut hari lahir salah seorang anak buah aku… Tapi ada pepatah yang mengatakan langit tak selalu cerah… Salah seorang kakak sepupu aku yang amat rapat dengan keluarga ku telah menghempuskan nafas terakhir pada 28th December 2014… Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.. Al-fatihah…
Pergh lama tak mengemaskini blog… Miggu lepas sibuk tak ingat.. Jadi aku kumpulkan semua untuk bulan ni… Hahahah.. Bak kata karangan ini rumusan dan kesimpulan untuk tahun 2014. Minggu lepas terima kasih pada teman pejabat yang membuat parti kejutan pada yang lahir pada bulan Disember.. Memang tak terkata.. Terima kasih pada yang terlibat..
Tak menyempat lagi.. Ahad lepas keluarga pulak buat kejutan.. Hahahaha… Kek lagi bertambah 200kg la aku pasni…
Azam untuk tahun ni macam tahun lepas tak tercapai lagi.. Jadi sambung tahun depan… Layankan ajer….
Aritu si putih demam… Panas jer sapa duk dalam si putih… Harini aku gerak ke sebuah kedai di Kuang.. Kedai Azbi… Bagus bro ni… Masa cek kondisi penyaman udara aku dia dah tau yang Cam pulley kompressor aku dah haus (terbakar)
Bro ni pun bagi banyak cadangan… Bagi aku memang mudah la kita nak ikut kos yg macamana… Dier bagitau blower (kipas) masih berkeadaan baik. Gas pun masih penuh. Kompressor juga masih baik (dalam episode sebelum ni mekanik kata benda tu dah kong). Dia cadangkan tukar magnetic clutch sahaja. Kos skali ngan upah dan servis minor untuk penyaman udara dalam RM350.
Bro bengkel ni sarankan untuk buat major servis penyaman udara dalam masa akan datang. Kerana ini salah satu cara penjagaan kereta untuk jangka masa panjang.
#layankan ajer… Sejuk dah… Amin…
Menjelang 4 tahun aku pakai si putih, akhirnya bulan ni dier mintak tukar kompressor aircond … Pada mulanya aku ingat gas dah habis, ye lah tetiba sahaja aku rasa macam panas waktu malam pulak tu. Member aku si kongkeng tegur ‘econ ko xsejuk langsung’.. Aku pun mula la belek2 setting kat dashboard . Tak de ape2 kesan pun.. Harini jam pukul 10 pagi aku gerak ke 3 bengkel berdekatan. Ayat aku bagi ‘ bro econ xsejuk la boleh cek?’… Mekanik pun datang kat kereta aku dengan membawa gas untuk diisi mana la tau gas kurang katanye… Tapi jangkaan aku meleset… Gas econ aku masih penuh tetapi kompressor econ aku yang dah ‘kong’ dlam erti kata lain mintak tukar….. Aku tanya ‘uncle kalo tukar cmne kos’… Uncle tu kata dalam RM580…. Hmmmmm… Layankan ajer..
Disebabkan gaji masuk lambat… Jumaat ni la aku pergi tukar… Harap2 si putih bertambah sihat lepas ni… Baru jer bulan jer nk servis kat SC…
Minggu lepas adalah minggu yang boleh dikatakan minggu yang perlu tabah bagi setiap orang yang kehilangan ahli keluarga..
#alfatihah
Maaf kalau ada penggiat seni tersinggung… Filem atau cerita melayu kat pawagam dah terlalu stereotaip… Terlalu banyak sekuel… Terlalu banyak cerita hantu yang kebanyakkan cerita pelakon dan plot yang hampir sama….Tapi kualiti kesan khas boleh la dibanggakan sikit… Tolong la kalotiada ide yang boleh tinggalkan sedikit kenangan kat ingatan penonton jangan la buat….
#layankan ajer












