Jika dah bukan rezeki kita buatlah macamana pun, memang sudah tertulis.. Tetapi jangan berputus asa, berusahalah… Dan janganlah menyusahkan orang lain untuk kepentingan sendiri…

#layankan ajer

Leave a comment

Perjalanan ke utara tanah air memang “havoc”. Masa yg diambil walaupun panjang tetapi terasa singkat dengan gelak tawa rakan-rakan dalam MPV yang dipandu Kyrull dan ditemani isterinya dan sahabat kolej Alip. Kami berempat di susuli selepas RnR Tapah dengan sebuah lagi kereta dihuni Nikki dan Acyeed sekeluarga. Seterusnya selepas Tol Juru selatan kami turut disertai lagi 2 buah kereta yang di naiki Afiq dan keluarga serta Jepar dan isteri. Matlamat untuk menghadiri majlis kahwin rakan sekerja di Merbok akhirnya terlaksana setelah memandu dengan santai (sampai ada yang terlepas sampai ke Pendang.. Hahaha). #layankan ajer

Leave a comment

Pada bulan ini ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada semua sahabt yang melangsungkan perkahwinan… Selamat melayari bahtera perkahwinan pada Ayie , Abe Jep dan Nikki

Leave a comment

Sementara nak tunggu selesaikan urusan di kedai elektrik warna hijau, aku singgah jap kat kedai makan. Kedai baru bukak rasanyer sebab banyak ‘banner’ jawatan kosong.

wpid-img_20150129_115319

Rasa tak seberapa, laici pun macam tak segar sangat dan harga segelas RM4.50. Bagaimana la pelanggan nak tertarik kalo macam ni punya layanan. Nak ajak kawan pergi minum situ pun macam rugi jer.

#layankan ajer

Leave a comment

Kalo melentur buluh biar dari rebung.. Aku dah cuba tapi rebung patah terus, apa lagi terus masak gulai campur udang. Macam isu panas waktu ni siapa yang nak mendidik generasi sekarang supaya lebih matang dan berpendidikan. Nak suruh ibubapa bagi perhatian tapi ada yang sibuk dengan kerja, jadi cikgulah tempat peganti untuk menjaga generasi pelajar ni. Tapi nak buat camne, hanya boleh tengok jer salah atau tak itulah hakikat.

#layankan ajer

Leave a comment

Setelah layan satu drama slot Dahlia.. Hahahha.. Ada satu ungkapan dalam perbualan drama yang rasa memang kene dengan keadaan sekeliling ni “Kalo kita dah susah, jangan nak menyusahkan orang lain” Memang betul kalo dipikirkan sejenak, macam-macam jenis manusia sekarang ni ada yang hanya fikir ‘lepaskan’ diri sendiri jer bak kata pepatah ‘lepas tekak sendiri’, jenis dah nak terberak baru nak gali lubang( macam ayat wartawan tak?), jenis nak cari mangsa dijadikan ‘kambing hitam'(bab ni aku selalu nampak)…. Tapi bila ‘google’ kisah hidup manusia ni, memang macamtu la lumrah manusia. #layankan ajer

Leave a comment

MiUI 6 akhirnya dilancarkan bagi pengguna Redmi Note 4G (tapi ROM ini telah ditarik semula oleh pembangun dari website Mi.com)

wpid-screenshot_2015-01-24-10-27-49

Setelah hampir 5 hari mengguna MiUI 6 pada telefon Xiaomi Redmi Note 4G bagi aku masih ada pepijat tapi aku percaya ramai tak sedar seperti tiada tools torchlight yang terdapat pada MiUI sebelum ini, tapi lampu ini masih boleh dihidupkan jika di antaramuka semasa phone di keadaan terkunci korang boleh tekan button ‘home’ lama-lama. Bagi phone original pepijat yang terdapat di telefon itu adalah rangkaian LTE yang masih tiada tetapi bagi telefon AP rangkaian itu sudah ada dan boleh dipilih pengguna Redmi Note 4G. Isu ‘theme’ yang sebelum ini terdapat bahasa china walaupun telah bertukar ke versi global telah selesai dan pemilihan tema lebih mudah. MiUI 6 dikuasakan versi KitKat 4.4.4 .

wpid-screenshot_2015-01-20-18-03-33

Versi ini dilihat mempunyai sistem cache yang lebih pantas, pelayar internet yang lebih cepat, loading aplikasi yang voleh dibanggakan dan paling ketara adalah penggunaan bateri yang lebih lama dari Versi MiUI sebelum ini. Aplikasi kamera juga telah dipertingkatkan seperti rakaman HD penuh yang tiada lagi sangkut-sangkut. Kamera hadapan pula mempunyai pilihan dimana pengguna boleh mengesan umur dan jantina. Tetapi kamera di Redmi Note 4G ni seperti ada yang aku tak gemar iaitu apabila ingin menutup aplikasi kamera akan ada bunyi ‘krek’ di kamera belakang. Aku tak tau itu bunyi aplikasi tersebut atau hardware yang problem (Sebelum ni memang takde bunyi tu) Kenapa dan mengapa ROM versi ini ditarik semula dari website mi.com masih tiada penjelasan.

wpid-screenshot_2015-01-24-10-43-24_1422067472109

Ini yang berita memaparkan ROM ini secara rasmi telah dilancarkan (sumber-Xiaomi Redmi Note User Malaysia) tetapi pada 22hb Jan 2015 ROM ini telah tiada dalam ruangan laman sesawang untuk dimuat turun. Harap kita nantikan berita terbaru dari Mi. Harap akan ada sambungan untuk versi Redmi Note dengan ruang storan yang lebih besar. #layankan ajer

Leave a comment

Setelah habis je AJL terus tengok komen orang kat FB… Ternyata ada satu ni menarik minat aku…

wpid-screenshot_2015-01-19-22-25-05

wpid-screenshot_2015-01-19-22-25-18

Ada betulnyer jangan terlalu pikir diri kita bagus sangat sampai pandang orang lain ‘loser’… Tak tau tanya la, jangan buat2 tau pastu suh ‘google’… #layankan ajer

Leave a comment

Jenama Xiaomi sudah tidak asing bagi penggemar gajet dan telefon pintar, kali ini sekali imbas mengenai produk Xiaomi iaitu Miband.

wpid-img_20150119_171804

wpid-img_20150119_171843

wpid-img_20150119_171939

Terlebih dahulu Miband perlulah di cas selama 2-3 jam (Cas yang penuh boleh mencapai 30 hari penggunaan)

wpid-screenshot_2015-01-19-17-21-02

Miband dilihat lebih kepada kegunaan untuk menjaga kesihatan dan bersenam. Aplikasi untuk menghubungkan diantara Miband dan henfon perlu dimuat turun bertujuan untuk mengakses data dari Miband terus ke henfon secara bluetooth.

wpid-screenshot_2015-01-19-17-21-29

Jika anda pengguna telefon pintar Samsung dan Sony anda mesti pernah tahu diaplikasi yang tersedia di dua jenama henfon tersebut iaitu Walking yang mengira setiap langkah yang diambil sehari. Miband juga dilihat lebih kurang seperti aplikasi tersebut cuma kelainan nyer kita tidak perlu membawa henfon kemana sahaja ketika bersenam.

wpid-screenshot_2015-01-19-17-20-43

wpid-screenshot_2015-01-19-17-20-47

Selain itu Miband juga boleh mendapatkan data ketika kita tidur. Nampak menarik kerana kita memperoleh data untuk mengetahui apa yang terjadi semasa kita tidur. image image Kelebihan Miband juga dapat dilihat jika pengguna menggunakan henfon Xiaomi yang dikuasakan KitKat(4.4.X) kerana Miband boleh membuka skrin telefon tanpa perlu memasukkan kata kunci. Selain itu Miband boleh bertindak sebagai penggera jam dimana ia akan bergetar sewaktu jam dikunci. Miband juga boleh digunakan untuk peranti lain android yang mempunyai OS KitKat dan peranti iOS (iPad/iPhone) Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan Miband ini kerana harga yang boleh dimiliki RM59 (Xiaomi Malaysia) ia adalah satu gajet yang berbaloi untuk mecapai data tubuh kita seharian,selain reka bentuk yang menarik kerana boleh dipakai di tangan dan di leher seperti rantai(rantai dijual berasingan).

wpid-wp-1421662336566

Amat selesa dipakai dan kasual. Keseluruhan amat berpuas hati. #layankan ajer Tunggukan sekilas pandang gajet yang akan datang

Leave a comment

Sekilas pandang peranti Chromecast

wpid-wp-1421119126192

wpid-wp-1421119269981

Setiap peranti yang ingin disambung ke Chromecast, haruslah memuat turun aplikasi “Chromecast” di Playstore dan Appstore. Setakat ni peranti Chromecast boleh dipaut oleh sume platform telefon pintar dan tablet. Sangat mudah dihubungkan antara peranti jika dibandingkan seangkatan dengannya. Secara umum peranti ini adalah jalan pintas bagi sesiapa yang inginkan tv dirumah yang bukan jenis tv pintar dan menjadikan tv biasa lebih mudah untuk akses ke internet. Bagi tv yang sememangnya ‘Smart TV’ atau yang ada sambungan ‘Wi-Fi’, peranti Chromecast ini dilihat tiada gunanya. Kerana telefon pintar yang sedia ada sekarang sudah mempunyai aplikasi tersedia di dalam peranti untuk akses secara ‘Screen Mirroring’ ke TV pintar ini. #layankan ajer Nantikan sekilas pandang untuk MiBand (akan datang)

Leave a comment