Dulu layan “memori cinta suraya”.. Ni terlayan “lara aishah”..
Kalo balik lambat sanggup tggu kol 12 mlm wei…
Tgk kat onthego xde feel…
”Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja”
Kami serentak menoleh.
“Apa maksud ustaz?” seorang dari kami bertanya.
“Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja – saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik – balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh – gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga”
Kami terdiam.
“Perasan tak, dulu duduk sorang – sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana – manalah, dan – dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba – tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.
“Perempuan ni lagi baik dari tunang hang”
“Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari”
“Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal”
“Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah”
Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.
“Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak – anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham”
“Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna”
“Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha”
Kami mengangguk perlahan.
“Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat – erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik – baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu”
“Istikharahlah”
“Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak”
Saya terdiam lama.
“Ya, inshaAllah. Moga Allah redha”
Syafiq Ridhwan.
Penulis tepian jalanan..
Mode : Juz 17
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati, dan Kami mengujimu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, Dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Al-Anbiyaa: 35)
If you heard that I died.. don’t cry for me..
This won’t bring me back to life..
Just pray for me.. because I’ll need it badly..
Semlm dgr member membebel kata dah nk tunang last² pasangan buat uturn kat ex….
Aku pun tadah la telinga.. Aku ni mmg pendengar setia.. Katanya dah mcm² buat.. Penat dier kata jagakan jodoh org.. Tapi hubungan x kesampaian..
Sabar sahabat.. Jangan menyesali semua tu, dah tertulis.. Aku pun bukan pakar bab cintan cintun.. Tp pernah org kata tuhan tgh aturkan yg terbaik.. Mungkin sebelum ni ko slalu berdoa “berikan yg terbaik” , dgn izinNya tuhan akan ganti dgn yg terbaik..
Lepas sesi tu la.. Jauh kat hati ni.. Jika ‘my zaujah’ sanggup menghuninya.. Akan kubina singgahsana utk kita bersemadi hingga ke jannah.. Ewahhh…
Jannah erk??? Doa makan tu jgn slalu lupa..
#acahacahdai’
#myzaujah





