Komuter adalah salah satu peangkutan awam yang sering digunakan bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas (tapi selalu je ada masalah teknikal dalam erti kata lain lambat) , cerita bermula apabila aku menaiki dari stesen Sungai Buloh . Jam hampir 7.30 am sepatutnya komuter dah sampai tapi ditunda kepada 7.45 am , tak kisah la cuma setiap kali komuter lewat mesti kesesakan berlaku di stesen KEPONG , KEPONG SENTRAL , SEGAMBUT dan PUTRA sebab setiap stesen ni memang ramai pengguna . Bukan apa , keselamatan diri juga perlu dijaga selain keselesaan semasa perjalanan . Ini tidak kerana pengguna yang terlampau padat kadangkala boleh mendatangkan masalah seperti bau yang tidak enak , panas (walaupun air-cond) ,risiko kehilangan (kecurian) , dll .
berhati-hatilah warga MALAYSIA …..
One response to Isu Semasa : Komuter
azizol "didi" hafizi on January 27, 2010 at 2:50 am
Sekarang KTM Komuter telah menunjukan kecekapan dalam pembahagian masa dan sistem yang teratur..
Terbaik…
sesuai dengan slogan : Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan