Setakat ni dilihat rata-rata semua nak beli telefon bimbit atas dasar jenama. Sebab tu la ramai kene tipu apabila ada orang yang durjana menjual telefon berjenama pada harga yang murah padahal itu adalah model ciplak, ini semua kerana JENAMA.
Harap maklum aku juga pernah tertipu kerana ada kawan yang menjual pada aku iPhone 3G(7 tahun lepas), yang pada aku harga memang tak masuk akal, tapi masa tu aku memang belum menyelami selok belok IT ni. Nak dijadikan cerita aku beli model Apple tu dengan harga RM500 (Kalo harga pasaran masa tu hampir 2K). Kerana ingin bergaya aku sanggup keluar duit gaji yang aku simpan nak buat PC untuk beli model tu, masa tu kawan yang jual mana la kita nak tahu dia menipu ke tidak. Tapi selepas jer aku balik dengan membawa kotak iPhone 3G, hati punyalah melonjak gembira. Tapi…..
Pandang pertama:-
1. skrin macam plastik
2. iPhone tu ada pen sesentuh(rasa macam tak perlu ada)
3. Pengecas macam telefon Nokia
4. Bila buka aplikasi macam guna Symbian OS di telefon Nokia
5. Kamera tidak ada auto fokus seperti yang aku nampak dan cuba di kedai telefon
Semua perasaan dah ada masa tu , aku cuba menghubungi kawan aku yang aku percaya tapi semasa buat panggilan terus tak berjawab. Sah aku tertipu.. ()!^%$#%^!$#^!%$#^
Memang sekarang ramai yang masih ada jual di FB, di atas talian dan banyak lagi mediuum yang digunakan untuk melariskan produk mereka dengan iklan “TELEFON BERJENAMA GRADE AAA” tetapi itu semua produk tiruan yang diciplak hampir 100% seperti asli. Oleh kerana itu aku dah mula tidak memandang telefon yang sudah ada nama di pasaran. Jika dulu banyak telefon jenama yang pelik yang memang kita sudah tahu itu adalah telefon ciplak. Tapi sekarang susah nak bezakan, melainkan anda memang pakar atau penjual telefon itu seorang yang jujur.
Aku mula beralih ke jenama yang baru nak mula bertapak seperti Xiaomi(Redmi Note 4G), Oneplus(One) dan Elephone(akan datang). Aku juga pernah guna telefon Lenovo(S930), pada aku telefon jenama ini ada cara nya untuk menarik pembeli dengan spesifikasi pertengahan (Mampu Milik). Tapi kali terakhir aku tengok model jenama Lenovo seperti cendawan tumbuh terlalu banyak sampai kan ada yang terbeli model KLON (Model yang tidak ada dalam senarai telefon). Tapi tu yang perlu di ingat kalau dah ada duit pergi je di kedai yang telah di sahkan sebagai penjual yang sah. Makulumlah dari menanggung malu dan marah sebab terbeli telefon tiruan, baik beli telefon yang murah tapi asli.
Abaikan kalau kawan-kawan atau sesiapa tanya “Telefon brand ape ko pakai ni ?”
Panjang lebar aku cerita kali ini.. Layankan ajer…..
There are no comments yet.