Sudah hampir 3 bulan aku menggunakan telefon berjenama Xiaomi ni, pada pandangan aku adalah seperti berikut:-
Kebaikan –
Murah, Antaramuka yang menarik (MiUI 6), sistempengoperasian yang memberi muat turun yang sekata pada peranti di bawah jenama Mi (Peranti lain tidak menyeluruh), Spesifikasi yang hampir menyamai telefon berjenama yang jauh lebih mahal, Sistem bunyi yang menarik, Lancar ketika melayari internet, sedap dipegang, Saiz skrin yang besar (5.5 inch), banyak pilihan casing.
Kelemahan –
Peranti terlalu cepat panas ketika sesuatu aplikasi dimainkan, Kamera selalu mempunyai isu seperti lag dan seterusnya aplikasi kamera akan tertutup dengan sendiri(kadang-kadang auto reboot), permainan aplikasi tidak lancar kerana CPU yang cepat panas, Bateri yang kapasiti besar tetapi cepat drain sebagai contoh penggunaan data dibuka tetapi tidak melayari internet web dan mengakses aplikasi seperti facebook bateri akan turun dari 100% ke 93% dalam tempoh 4 jam(walaupun brightness paling rendah), Ruang storan yang rendah (sekurang-kurang bagi la 16GB)
Ketika ini aku menggunakan ROM 6.3.5 (Stable) versi global, rata-rata ramai menyuarakan pendapat yang sama pada versi ini, diharap pihak Mi dapat memberikan maklum balas dan dapat menyelesaikan isu yang terdapat pada versi ini.
Aku juga berharap versi baru Mi ni boleh memberi akses pada pengguna untuk mengubah aplikasi ke kad memori, kerana tidak guna juga kalo beli memori yang besar hanya untuk menyimpan gambar dan lagu. Mungkin ramai berkata akan menyebabkan capaian aplikasi yang lembab, tapi ini cadangan seorang pengguna dan pembangun harus cari penyelesaian. Hahahaha..
#layankan ajer
There are no comments yet.