Perjalanan ke utara tanah air memang “havoc”. Masa yg diambil walaupun panjang tetapi terasa singkat dengan gelak tawa rakan-rakan dalam MPV yang dipandu Kyrull dan ditemani isterinya dan sahabat kolej Alip. Kami berempat di susuli selepas RnR Tapah dengan sebuah lagi kereta dihuni Nikki dan Acyeed sekeluarga. Seterusnya selepas Tol Juru selatan kami turut disertai lagi 2 buah kereta yang di naiki Afiq dan keluarga serta Jepar dan isteri. Matlamat untuk menghadiri majlis kahwin rakan sekerja di Merbok akhirnya terlaksana setelah memandu dengan santai (sampai ada yang terlepas sampai ke Pendang.. Hahaha). #layankan ajer
There are no comments yet.