MiUI 6 akhirnya dilancarkan bagi pengguna Redmi Note 4G (tapi ROM ini telah ditarik semula oleh pembangun dari website Mi.com)

wpid-screenshot_2015-01-24-10-27-49

Setelah hampir 5 hari mengguna MiUI 6 pada telefon Xiaomi Redmi Note 4G bagi aku masih ada pepijat tapi aku percaya ramai tak sedar seperti tiada tools torchlight yang terdapat pada MiUI sebelum ini, tapi lampu ini masih boleh dihidupkan jika di antaramuka semasa phone di keadaan terkunci korang boleh tekan button ‘home’ lama-lama. Bagi phone original pepijat yang terdapat di telefon itu adalah rangkaian LTE yang masih tiada tetapi bagi telefon AP rangkaian itu sudah ada dan boleh dipilih pengguna Redmi Note 4G. Isu ‘theme’ yang sebelum ini terdapat bahasa china walaupun telah bertukar ke versi global telah selesai dan pemilihan tema lebih mudah. MiUI 6 dikuasakan versi KitKat 4.4.4 .

wpid-screenshot_2015-01-20-18-03-33

Versi ini dilihat mempunyai sistem cache yang lebih pantas, pelayar internet yang lebih cepat, loading aplikasi yang voleh dibanggakan dan paling ketara adalah penggunaan bateri yang lebih lama dari Versi MiUI sebelum ini. Aplikasi kamera juga telah dipertingkatkan seperti rakaman HD penuh yang tiada lagi sangkut-sangkut. Kamera hadapan pula mempunyai pilihan dimana pengguna boleh mengesan umur dan jantina. Tetapi kamera di Redmi Note 4G ni seperti ada yang aku tak gemar iaitu apabila ingin menutup aplikasi kamera akan ada bunyi ‘krek’ di kamera belakang. Aku tak tau itu bunyi aplikasi tersebut atau hardware yang problem (Sebelum ni memang takde bunyi tu) Kenapa dan mengapa ROM versi ini ditarik semula dari website mi.com masih tiada penjelasan.

wpid-screenshot_2015-01-24-10-43-24_1422067472109

Ini yang berita memaparkan ROM ini secara rasmi telah dilancarkan (sumber-Xiaomi Redmi Note User Malaysia) tetapi pada 22hb Jan 2015 ROM ini telah tiada dalam ruangan laman sesawang untuk dimuat turun. Harap kita nantikan berita terbaru dari Mi. Harap akan ada sambungan untuk versi Redmi Note dengan ruang storan yang lebih besar. #layankan ajer

Leave a comment

There are no comments yet.

Leave a Reply