Jenama Xiaomi sudah tidak asing bagi penggemar gajet dan telefon pintar, kali ini sekali imbas mengenai produk Xiaomi iaitu Miband.
Terlebih dahulu Miband perlulah di cas selama 2-3 jam (Cas yang penuh boleh mencapai 30 hari penggunaan)
Miband dilihat lebih kepada kegunaan untuk menjaga kesihatan dan bersenam. Aplikasi untuk menghubungkan diantara Miband dan henfon perlu dimuat turun bertujuan untuk mengakses data dari Miband terus ke henfon secara bluetooth.
Jika anda pengguna telefon pintar Samsung dan Sony anda mesti pernah tahu diaplikasi yang tersedia di dua jenama henfon tersebut iaitu Walking yang mengira setiap langkah yang diambil sehari. Miband juga dilihat lebih kurang seperti aplikasi tersebut cuma kelainan nyer kita tidak perlu membawa henfon kemana sahaja ketika bersenam.
Selain itu Miband juga boleh mendapatkan data ketika kita tidur. Nampak menarik kerana kita memperoleh data untuk mengetahui apa yang terjadi semasa kita tidur. image image Kelebihan Miband juga dapat dilihat jika pengguna menggunakan henfon Xiaomi yang dikuasakan KitKat(4.4.X) kerana Miband boleh membuka skrin telefon tanpa perlu memasukkan kata kunci. Selain itu Miband boleh bertindak sebagai penggera jam dimana ia akan bergetar sewaktu jam dikunci. Miband juga boleh digunakan untuk peranti lain android yang mempunyai OS KitKat dan peranti iOS (iPad/iPhone) Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan Miband ini kerana harga yang boleh dimiliki RM59 (Xiaomi Malaysia) ia adalah satu gajet yang berbaloi untuk mecapai data tubuh kita seharian,selain reka bentuk yang menarik kerana boleh dipakai di tangan dan di leher seperti rantai(rantai dijual berasingan).
Amat selesa dipakai dan kasual. Keseluruhan amat berpuas hati. #layankan ajer Tunggukan sekilas pandang gajet yang akan datang
There are no comments yet.