Salam ,
Tetiba rasa macam nak tulis pasal perkembangan Malaysia……..
Kenapa isu-isu sekarang banyak propa (pasal keluar masuk partilah , perhimpunan jalananlah dll) dari memikirkan sesuatu untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat …
Bagus juga apabila kerajaan bagi skim bantuan rakyat dan skim baucer buku , tapi kebanyakan skim bantuan ni salah guna (bila tak dapat marah , tapi dah dapat tak beringat … itulah manusia)….
Selalunya bila keluar sesuatu kenderaan (perusahaan industri tanah air) yang dikatakan mampu milik untuk rakyat tapi hanya indah khabar dari rupa . Keadaan kereta banyak kekurangannya , kalo nak aksesori seperti beg udara kena tambah (pasal keselamatan nyawa pun nak berkira) . Tali pinggang keledar sekarang baru nak suruh pasang , kenapa tak pasang siap-siap kat kilang dulu (memanglah percuma pasang sekarang kalo pasang tapi…)….. no komen…
Bila ada keluar iklan rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana , yang pemohon kebanyakan sektor awam , tapi sektor swasta macam susah je nak mohon . Adakah kene gaji 5 angka baru bank nak pandang…
Rakyat masih banyak yang susah atau berpendapatan rendah . Tapi mana jabatan yang memantau ? Kene masuk “Aduan Rakyat” atau “Titik Sentuhan” baru nak panas atau ligat buat kerja . Kebanyakan dalam episod “Aduan Rakyat” atau “Titik Sentuhan” semua memaparkan masalah rakyat . Ada yang dah berkurun sekarang baru selesai .
Tapi tu dari sudut pandangan dan pengalaman aku la , yang lain aku tak tahu …. tapi mana terasa hati maaf ni adalah medium untuk aku nak melepaskan semua yang tersingkap di kepala dan hati… banyak lagi nak coret tapi simpan je lar….
Ni kes-kes kalo kene batang hidung sendiri baru la nak besuara atau nak tegakkan keadilan , tk payah la nak heboh-heboh kat mediamassa padahal masa buat salah dulu tak penah pun terdetik kat hati atau fikir pasal rakyat…
Layankan ajer…
  • Posted on 6. February 2012
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: Isu Semasa
Leave a comment

There are no comments yet.

Leave a Reply