Mungkin ibu bapa sudah boleh biasakan diri untuk minggu kedua persekolahan anak-anak . Macam biasalah anak yang masuk darjah satu mesti ada sahaja gelagat atau pe’el yang dibawa.Tu adalah salah satu senario yang stereotaip kita dengar cuma aku nak bicarakan gelagat ibu bapa pula. Ini dari pengalaman aku ketika mengambil pulang anak saudara dari sekolah.Semua ibu bapa dilihat menunggu seawal mungkin di hadapan pagar utama , cuma yang amat menyakitkan hati adalah sikap pentingkan diri , ini kerana ibu bapa yang menaiki kenderaan yang beroda empat dengan sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di kawasan kuning (kawasan yang perlu dikosongkan) ini amat menyukarkan para pelajar untuk keluar dengan lancar kerana terpaksa menyelit di celah-celah kenderaan tersebut.
Bukan itu sahaja , ada juga tabiat ibu bapa yang jenis acuh tak acuh kerana setelah anak mereka menaiki kenderaan , ibu bapa tersebut terus membunyikan hon tanda beri laluan tapi PERLUKAH???? ini kerana pelajar mungkin akan terkejut dan berlari sekaligus akan mendatangkan kecelakaan yang tidak diingini . Diharap perkara ini perlu dititik beratkan , kerana sikap ingin cepat itulah yang akan membawa kepada perkara yang paling lambat untuk dilupakan..
There are no comments yet.