Makin lama makin menyampah dgn persekitaran kampung yg ada berpuak ni.

Dari isu tuntutan duit pampasan kebakaran sampailah isu sampah.

Harini, Kerana 2 plastik sampah yg aku buang ke tong yg besar di hadapan jalan umah aku katanya akan menyebabkan penuh tong lorong kepunyaan penyewa nya yang lain.

Salah aku, sebab tong tu utk lot lain, tp tindakan tuan tanah lot tu siap amik gambar n suruh kutip balik .

Alhamdulillah kerana wife tolong kutip semula dlm tong tersebut dan buangkan ke tong  di sebuah tempat yg jauh di planet gorgon. Tindakan wife aku tersebut dapat mengelakkan peperangan antara lorong. Hahahaha..

Leave a comment

Setiap kali ko kecap satu kejayaan , org akan dtg utk meraikan .

Tp yg tau susah payah tu org terdekat jer, isteri dan anak².

Ayat mudah bila seseorg memerlukan bantuan kita , “pinjam sikit” , “tumpang ko bole” , “belanja arhh”. Org2 ni masa kita susah ntah kat mana, bila kita dtg menjenguk pintu pun tak terbuka.

So baik ko happykan anak² n bini n ibu bapa. Lantak la org kata ko kedekut or berlagak. Sebab tujuan kita nk bahagiakan family, bukan org luar.

Leave a comment

Setiap pagi kita bangun, tarik nafas panjang dan tanya diri sendiri kenapa aku masih buat semua ni?

Kerja makin tidak seronok,persekitaran toksik, kerjaya malap dan tiada hala tuju.

Motivasi?
Dah lama lesap, tinggal sisa semangat yang dipaksa hidup.

Tapi entah kenapa, kaki masih melangkah.
Mungkin sebab tanggungjawab.
Mungkin sebab mimpi yang belum tercapai.
Atau mungkin… sebab ada seseorang yang kita nak bahagiakan.

Kalau hari ini ada rasa nak berhenti, tak mengapa.

Rehat. Tarik nafas.

Pandang ke belakang dan tengok sejauh mana dah kita melangkah. Bukan semua orang mampu bertahan seperti kita.

Dan itu pun dah cukup hebat.

Tak perlu semangat membara setiap hari. Kadang cukup sekadar satu sebab untuk teruskan. Dan sebab itu… mungkin kecil, tapi cukup kuat untuk kita bertahan esok lagi.

Kredit : Public Health Malaysia

Leave a comment

Money is King

Nmpk kan… pasal duit semua boleh bergaduh. Waima adik beradik atau saudara rapat.

Dlm konteks ni, persefahaman atau perbincangan mmg xde nilai. Suma nk ketengahkan ego masing².

Nk cari jalan penyelesaian mmg susah, bila ada sorg bagi pandangan sorg lagi akan menolak. vice versa.

Ini penyebab runtuhnya nilai kekeluargaan dan harmoni.

Harap utuh silaturahim sesama insan akan kekal sampai hingga kita menutup mata.

  • Posted on 15. April 2025
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: akulahbudakitu
Leave a comment

8.05 Pagi (1 april) Satu dentuman bunyi yg kuat. Mmg seperti bunyi kapal terbang yg terbang rendah  maklumlah dekat ngan airport.

Aku n anak bini cuma rileks tp bunyi tu x hilang. Aku keluar dari rumah. Ya allah, nmpk api yg menjulang tinggi. Bahang yg panas buatkan sume org huru hara x tau nk pegi mana.

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat.

Leave a comment

Leave a comment

Sekarang heboh pasal hutang MARA x langsai dan kene istihar bankrupt.

Pada aku MARA ni mmg bagus.. sepanjang aku buat pinjaman pelajaran , masa pembayaran ada diskaun dan tiada interest. Lepas abis bayar mmg satu nikmat keberkatan aku rasa.

Tp skrg sayang no more pinjaman ditawarkan oleh MARA , mungkin sebab ramai liat bayar.. dgr berita peratus org bayar semula dah mula turun dari 2 digit ke 1 digit. Hebat pegawai mara cari balik duit dorg.

Leave a comment

Kadang2 walaupun kita bole handle sume issue, tp kita perlukan partner yg bole ada give n take..

Tp aku jarang dpt partner yg agresif… Suma pasif..

Bole buat kepala sakit  kalo ko baru jer lepas balik bercuti sebab nk release stress… Masuk opis stress makin bnyk..

Leave a comment

Apabila etika pemakaian masih dijadikan issue besar , maka nmpk la kompeni tu masih berfikiran kebelakang.

DImana kompeni besar mula smart and casual asalkan selesa. disini aku terikat dgn keje IT yg perlu kerap kali masuk DC dan troubleshoot server masih diarah berpakaian kemeja dari tshirt berkolar.

Something need to change flow with the culture .

  • Posted on 5. July 2024
  • Written by akulahbudakitu
  • Categories: akulahbudakitu
Leave a comment

Minggu yg aku rasa paling lama…

Aku mula da malas nk involve dgn org sekeliling..

Rasa mcm dorg lagi bagi beban dlm kepala otak..

Nasib la anak2 n isteri mcm bagi energy happy tu..

Tp arini aku mmg xde mood.. rasa mcm nk marah jer..

Leave a comment